Rimba Jimba (BM)

Rimba Jimba (BM)

Subscribe Share
Rimba Jimba (BM)
  • Kompilasi Rimba Jimba - Pokok Misteri

  • Tidak Sampai-sampai

    Sahabat Rimba bercadang untuk pergi berkelah. Di hari kejadian, Cuma Tupai yang menepati masa untuk berkumpul. Sahabat yang lain berlengah-lengah bersiap tanpa rasa bersalah. Akibanya kesemua mereka tertinggal bas.

  • Bercakap Besar

    Satu pertandingan masak telah dianjurkan di Rimba Jimba. Tupai yang pernah memenangi pertandingan memasak mula riak dengan kebolehannya. Dia tidak mahu berkongsi resepi dan berazam mahu membolot hadiah kemenganan. Di hari pertandingan, Tupai gagal hadir kerana jatuh sakit.

  • Salji

    Di satu musim panas, Tupai bermimpi salji turun di Rimba. Teruja, Tupai bermain dengan gembira sehingga menimbulkan kepelikan warga Rimba dari mana datangnya salji? Rupanya ia dalah angkara Ungka.

  • Jom Mengecat

    Harimau mengajak sahabat rimba untuk mengecat mencantikkan kediamannya. Maka mereka beria-iya menunjukkan bakat seni masing-masing. Malangnya mereka tidak meyedari cat yang digunakan adalah jenis cat yang akan hilang selepas satu jam mengecat.

  • Sediakan Payung Sebelum Hujan

    Amaran hujan lebat yang bakal berlaku menyebabkan Penghuni Rimba bersedia dengan bekalan makanan dan berpindah ke tempat lebih tinggi. Namun amaran itu tidak diendahkan oleh Harimau dan Geng Buaya. Akibatnya mereka berdepan kesulitan.

  • Pokok Misteri

    Kisah misteri sepohon pokok yang menghantui Penghuni Rimba. Berbagai kejadian pelik dan menakutkan telah berlaku. Rupanya ia di dalangi oleh Harimau yang mahu menyakat namun akhirnya, ia pula yang di sakat Ular.

  • Saat Terakhir

    Ada pertandingan mengarang sajak bakal dianjurkan di Rimba Jimba. Semua Rakan Rimba bersungguh menyiapkan karya agung masing-masing. Tidang terkecuali Geng Buaya. Malangnya mereka telepas masa yang ditetapkan.

  • Musibah

    Seluruh warga rimba berusaha mengumpulkan makanan. Apabila merasakan sudah cukup mereka berhenti tetapi tidak rusa. Dia terus mengumpul makanan. Rusa yang tamak mudah diumpan masuk ke perangkap

  • Memandang Rendah

    Harimau ditimba dahan yang sekah sehingga pengsan. Seluruh Warga Rimba cuba membantu tetapi tidak berjaya mengalihkan dahan itu dari menghempap Harimau. Akhir sekali Tupai ingin mencuba tetapi diperlekehkan rakan-rakan. Namun mereka tidak menyangka rupanya Tupai mempunyai kekuatan yang tidak terd...

  • Bermain Origami

    Permainan origami akhirnya menjadi huru-hara akibat Rakan Rimba yang terlebih kreatif. Mereka bukan sahaja mampu menghasilkan bentuk haiwan, bahkan kenderaan dan senjata berperang!

  • Bermain Go-cart

    Penghuni Rimba gembira dengan permainan kereta gokart terbaru milik Rusa. Mereka bergilir-gilir bermain bersama sehingga akhirnya kereta itu rosak akibat kemalangan. Nasib baik Geng Buaya pandai membaik

  • Pokok Untuk Oksigen

    Penghuni Rimba menyiasat pelaku misteri yang sanggup merosakan kebun Kenyalang. Beberapa saspek dikenalpasti namun apabila akhirnya misteri terungkai, pelakunya adalah yang tidak disangka-sangka!

  • Rekod Baru

    Geng Buaya cuba mencipta rekod baru sukan terjunan ke dalam air. Di kemuncak acara, kepala seekor buaya tersangkut beg plastic yang menyebabkan kesemua peserta menjadi panik.

  • Alamak! Gatalnya!

    Ungka selalu tergaru-garu. Rusa dan Tupai ingin menyiasat kenapa Ungka tergaru-garu tetapi Ungka melarikan dirinya. Tidak berpuas hati Rusa dan Tupai cuba menangkap Ungka sampai bergumpal-gumpal. Ungka akhirnya mengaku dia ada kutu tetapi kini kutu itu sedang menjangkiti Tupai dan Rusa!

  • Mesin Air Tin

    Perangai tak senonoh Geng Buaya yang suka merosakkan harta awam dan membuang sampah sesuka hati mengundang musibah kepada diri mereka sendiri.

  • Kenyalang Terbang Tinggi

    Kenyalang yang cekal cuba mencabar dirinya untuk menakluki pokok tertinggi di rimba. Cubaan demi cubaan dibuat. Berjayakah Enggang?

  • Tidak Mengenang Budi

    Seekor buaya sakit tekak sehingga ia dijauhi oleh kawan-kawannya sendiri. Tupai yang kasihan melihat Buaya cuba membantu mengeluarkan apa yang tersekat di kerongkong Buaya. Namun setelah lega, Buaya cuba memakan Tupai sehingga menimbulkan kemarahan Rakan Rimba yang lain.

  • Rusa yang Sombong

    ingkasan Cerita: Rusa terjumpa satu alatan lampu istimewa sehingga menjadikan ia sombong dan tidak mahu berkongsi dengan sesiapa. Alatan itu akhirnyan membawa musibah kepada Rusa namun tiada sesiapa mahu membantu. Ketika Rusa berputus asa, muncul Tupai menawarkan jasa sehingga Rusa menjadi terha...

  • Paranoid

    Penghuni Rimba gempar kerana Ungka bercerita dia terlihat lembaga hitam yang menakutkan. Akibat paranoid, Penghuni Rimba menjadi panik yang melampau sehinggalah apa yang di sangkakan lembaga menakutkan itu, cuma Tupai.

  • Anda Terlalu Laju!

    Geng Buaya bermain lumba-lumba di sungai. Riuhnya sehingga mengganggu ketenteraman Rimba Jimba. Rakan-rakan rimba cuba menasihati mereka tetapi tidak diperdulikan. Perlumbaan berakhir dengan kemalangan.

  • Pengajaran Buat Ungka

    Ungka suka membuang sampah merata-rata. Ketika mencampak kulit pisang dari atas pokok, kulit tersebut mengenai tanduk Rusa. Rusa memarahi Ungka, namun Ungka mengejek dan mentertawakan Rusa. Kemudian terdengar jeritan Harimau yang terpijak kulit pisang dan jatuh. Semua haiwan panik dan Ungka cuba ...